Iklan Free/Tukar Link...PM tirah

Hot and Spicy



Assalamualaikum...

Kali nie bukan nak cerita pasal menu makanan (akan diupdate) or whatsoever...tapi, nak cerita pasai perasaan yg tengah2 meletup letup...bukan macam gunung berapi yang baru nak meletup...tapi dah meletup. Ingat tak ada satu entry tirah ada menyatakan bahawa tirah tengah hot...sebab apa?

Ni ha....malas nak kasi link...nak cerita terus lah, senang. Alkisah, tirah ada tanya dia mengenai satu kemusykilan tentang blog lah kan...serius tirah busy dan xsempat nak godek2 blog dia. So, tirah just save as bookmark lah link dia. Lama-kelamaan, tirah lupa yg tirah dah save link dia. Jadi, tirah tanya balik kat dia pasal apa yg tirah musykil tadi....then dia cakap tirah nie bla bla bla....but then, tirah tak de lah melawan or balas balik. Tirah just jawab tapi dlm keadaan gurauan. Next, bila tirah dah keluarkan ayat gurau yang agak "pedas", dia pon slow down...tapi, speaking bagai taw...dia ingat i xreti speaking??? skipping pon i teror okay!!! phewwwww....

Dah sampai mana dah karangan tirah nie??? adoiiii....



Okay, taknak cerita panjang dan taknak merepek...so, moralnya...

1) Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada...sebab, mungkin akan ditarik balik.
2) Hormatilah sesama kita wlpn tak pernah jumpa face to face.
3) Pupuklah semangat mesra alam...bila org tanya jawab elok2...kalau org tue salah, tegur dengan berhemah...
4) Jangan tunjuk yg kita ni garang....kita belom tgk lagi org lain garang cmne kan....kuar taring...sape nak jawab? kalah twilight okei...muehehehe
5) Saling bermaaf-maafan lah sesama kita.
6) etc, dan sebagainya.........korunk tambah la apa2 moral dari entry tirah yang nie...(thanks)


Apa-apa pon, tirah juga akan control rasa marah or terasa hati or pape lah. Biasa lah, manusia kan. Tapi, tirah dah maafkan dia. Tirah cuma berharap agar kita sama2 berubah dan menjaga tatasusila masing2. Sama2 jadi blogger yg baik dan saling membantu. Nak link blog dia??? tak payah la kot...cian plak kat dia...xpasal2 blog dia pemes plak...hihihi. Oleh itu, tirah nak mohon maaf jugak kalau tirah ada terkasar bahasa dan apa2 je lah dekat blogger semua...salam.


"Jadilah manusia yang sentiasa +ve"

TirahZairi

34 pesanan dari secret admire:

Shasha Yacob said...

yes saya sokong tirah.l

✿A I N A A✿ said...

ishhh baik tak payah berblog macam tu kalau tak mahu tolong blog yang lain... sombongnyaaaa... serius ena ckp, kalau kita nk blog kita dapat viewers yg byk, tlg jgn sombong.. nk sombong boleh tapi biar bertempat....

TiranaAduka said...

salam tirah
Post sentiasa hot di blog ni.

Tirana aduka dtg pg selasa

P.A. said...

pelik gak sesetengah org yg xtau beradab ni kan..akak mmg pantang kalu jmp org cam ni..bgus Tirah....biarlah org bt kat kita...tp jgn kita bt mcm tu kat org kan...:)

puteri kasih said...

cool dan sentiasa berbaik sangka..tu yang terbaik :)

zuhdi sanusi said...

huhu., btul punya mrh cik tirah ni eik., haha., tp da btul la tu., membri maaf tu kan bagus, biar la org buat kat kita jgn kita buat kat orng., :)

zila manaf said...

sape weh...panas line nih. meh nak belasah dia!

syiela said...

maafkanlah dia... agak tak sengaja kot nk marah (bulan tengah mengambang )

cweet pinky said...

sokong , b positif , nak kemana pown kalaw berlagak kan ? haish ~

aswadz said...

kesian dia kena marah.

aisya said...

exactly.. kita minta maaf tak bermaksud kita salah.. tp org ego ni, payah sikit nk cakap.

p/s : menyampah dgn org yg klau kite tnya dia elok2, dia jwb kurg ajar.. takde adab langsung..

Shakira Pathi said...

betul2,setuju jgak ! :)

tirah,jangan lupa join GA saya.malam ni dah nak tamat :)

http://cahayashakira.blogspot.com/2012/11/1st-giveaway-by-shakira-pathi.html

jaakechik said...

moga 'dia' baca entry ni..kikiki... tirah nak tnya pasal blog ttg apa sebenarnya. cer bagtau, mana tau kot kitorang yg lain ni boleh tlg.

ejulz said...

betul3.. setuju sgt.. :)

sharul izam said...

betul tu...berubah mnjadi lebih baik =)

Nur Aisyah Lee said...

sape yg berani buat kak tirah meletup ni. habaq mai~ hehe.. Syukurlah kak tirah maafkan dia kekadang manusia ni xsedar kesilapan yg dia dah buat . Byk bersabar ^_^

hnahdy said...

nak p report kat dia lah.haha siapa lah dia tu kan

Si Matatajam said...

Setuju ngan quote tu.. Sabaq ja la Tirah..

aku HaniAsyira said...

mmg lah kan.. biasalah msg2 salah erti..

dan dia tu.. org tye je pun.. kongsi ilmu banyak kali..

Shiyda Aqma said...

biarkan dia tirah , maafkan je lah . huu

Aida Omar said...

Setuju dengan tirah kot ea pun mood tengah terumbang ambing time tu tak patut lah dia cakap benda2 yg boleh menyakitkan hati or mengecilkan hati org lain kan.. apa2 pun abaikan je tirah ramai lagi yg sayangkan tirah :)

boni kacak said...

takpe awak.. memaafkan adalah satu sifat yang terpuji..orang yang sentiasa bersifat pemaaf InshaaAllah akan sentiasa diberikan ketenangan di dalam kehidupannya :)

hananhadila said...

yup , macam ummie hanan slalu pesan , orang yang mintak maaf dulu sebenarnye adalah pemenang ;)

Pondok Usang said...

terima kasih tirah.. karana hingga kini dikau sedia melawati pondok usang ku yg serba kekurangan itu.. =)

-meeSUPERGIRL- said...

akhir kata. insan yg cemerlang dtg dari hati yepp yepp yepp

M Fizan said...

i'm behind u. kalau kita lebih sikit, tak payah perlekeh orang. tirah ajar dia skipping :D

DzuLagiL said...

setiap manusia itu unik...
dan keunikan itulah membezakan kita semuanya...

Aiisyah Roseskalerful said...

xelok marah.. Mukmin yang kuat ialah mukmin yang dapat mengawal kemarahan.. InsyaALLAH sama2 kita menjadi mukmin yg kuat.. amin..

hananhadila said...

hanan tag beramai ramai ;) http://hananhadila.blogspot.com/2012/12/special-year-end-ga-fy-nad.html

caliph shuriken said...

bgus laa dh maafkan dia ^^

miza yusof said...

sabar ye tirah. miza pun pernah kena macam ni. sedara sendiri pulak tu. memaafkan memang senang, semudah ABC tapi melupakan, hidup 1000 tahun pun belum tentu dapat melupakan apa yang berlaku.

VenturealizeR said...

An apology is the super glue of life. It can repair just about anything ~ Itching And Burning Sensation

tirahzairi said...

thanks for all the comments